Friday, May 20, 2011

Setelah sekian lama menyepi..

Pergh...lama betul aku tinggalkan blog ni.. Macam2 peristiwa yang aku lalui tp tak sempat untuk update kat sini.
Aku nak start balik jd blogger, ok tak??? Nanti satu persatu peristiwa yang dah bwelalu tu aku ceritakan.

Monday, December 21, 2009

TEA TIME

Fuhhh... dari pagi sampai petang aku "menarik" (memandu) mcm penarik becha .. Rasa nak patah pinggang aku ni beb.. Tapi satu Air-Port pun aku belum dapat hari ni. Tak pelah aku redha, rezeki Allah dah tentukan. First customer aku pagi tadi aku tolong pekerja Bangla yang nak pegi kerja, kete dia rosak. Ada pulak sorang mamat yg naik teksi aku tadi bagi tambang kurang. Baru sekejap tadi aku tolong sorang kakak. Rupanya bekas jiran aku dulu. Tapi dia dah pindah. Sebab dia pindah pasal PHD (perasaan hasad dengki) orang melayu nih. Agaknye bila lah org melayu ni nak sedar yang PHD ni sebenarnya cuma merugikan bangsa kita sendiri. Ha... lepas ni nak gi Restoren Idaman kat Kayu Ara.. nak bayar duit kutu.. Lama nyer nak tunggu giliran aku.. Mileage perjalanan hari ni 298km.


Mana pegi duit aku lagi nihhh... Tak cukup collection nihhh... Ini malam kita keje overtime!!!

Arrggghhh... lega, baru basah tekak... mai secawan

Sunday, December 20, 2009

PERMULAAN HARI YG INDAH


Salam... aku bermula lewat hari ni. Pukul 730 pagi baru aku keluar rumah. Pastu bini aku suruh posing pulak pepagi. Tengok lah muka aku yang tak cukup tido, Apapun aku mulakan tugas hari ni dengan ucapan "BISMILLAHHIRROHMANNIRRAHIM"... Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG .. semoga pekerjaan aku dan rezeki hari ini dirahmati dan diberkati hendaknya... Amin...